Awal pagi tadi (27/9/11) kami naik cab utk ke CBR airport dari rumah kawan. Kata pakcik driver tu, tak lama nak ke sana. Dalam 10-12 min saja.
Selalunya driver cab kat sini bukan local ppl. Selalunya mereka adlh orang luar yg migrate ke Oz. Sama jugalah dgn pakcik ni. Dia dari Cambodia dan kami pula... "Oh, we're from Msia. We’re neighbour!"
Mereka juga selalunya ada cerita2 yg unique, menarik & mampu memberi insipirasi kpd mereka yg mendengar. Ada yg cerita pasal politik Afghanistan, ada yg cerita pasal keadaan di Somalia etc. Bergantung pada negara asal driver2 tu. Same goes to this pakcik.
Katanya, dia dah berada di Oz for 9 years. 9 tahun yg lalu, dia dtg ke Oz dlm keadaan taktau langsung English. Even masa transit kat Bangkok airport, dia tak tau apa maksud ‘Gate’. Staff airport tanya dia, tau bahasa Thai? Tau English? Dua2 pakcik tu tak tau. Dia datang ke Oz sebab.. “It was very hard there (Cambodia). Very hard…”
Akhirnya, pakcik tu sampai jugalah di Oz. Hidup dimulakan dgn bantuan kawannya yg pandai ckp English. Tapi hidup mula bermasalah bila kawannya tu kena pindah ke Melbourne 6 bln slps itu. Maka tinggallah pakcik tu sorang2 di Canberra. Masa tulah pakcik tu mula bertekad utk betul2 belajar English.
Mula2 pakcik ni kerja jual buah, but pakcik tu sedar dgn jual buah dia tak mampu nak polish English dia. Everyday jumpa watermelon, banana, apple etc. Bukannya jumpa orang utk bersembang. Maka, dari situlah pakcik ni tuka kerja jadi taxi driver sbb dapat jumpa orang, dapat sembang dan dapat polish English. Pakcik tu tak kisah if salah cakap. Dia bgtau orang, kalau dia cakap salah, betulkanlah dia. Dictionary sentiasa dlm tangan.
Akhirnya, sekarang ni pakcik ni dah berjaya hidup di negara asing selama 9 tahun. Kagum dgn kesungguhan pakcik ni dtg ke Oz, belajar English from scratch (beli buku kanak2 etc.) dan ada matlamat yg mendorongnya utk terus kuat bergerak maju ke hadapan.
Cerita pakcik ni terhenti sampai situ shj sbb perjalanan just ambil masa 10 min. Mesti bnyk lagi cerita sbnrnya.. Cara pakcik tu bercerita nampak satu kepuasaan bagi pakcik tu. Anyway, Alhamdulillah, thanks to Allah kerana mempertemukan sy dgn pakcik ni. Pakcik ni berjaya membuktikan yg dia mampu mengharungi segala hardship, berjaya mengatasi satu masalah yg besar (dtg ke Oz with zero English).
InsyaAllah orang lain pun mampu menghadapi cabaran hidup masing2. Kadang2 mungkin terasa tak mampu, tapi kita sebagai org yg mengaku Muslim, mestilah mengimani kata2 Allah dalam AQ.
Allah burdens not a person beyond his scope [2:286]
Barangsiapa yg bertaqwa kpd Allah, nescaya Dia akan mengadakan bgnya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dr arah yg tidak disangka2. Dan barangsiapa yg bertawakkal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusan (yg dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah tlh mengadakan ketentuan bg tiap2 sesuatu [65:2-3] – ayat 1000 dinar.
Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu & meneguhkan kedudukanmu [47:7]
Allahua'lam.